Selamat Tinggal Semua !

| Posted in | Posted on





Semakin lama saya semakin malas untuk menulis, mungkin saya sudah ketandusan inspirasi atau idea. Oleh itu saya akan mengundurkan diri buat sementara waktu !

Bye2

| Posted in | Posted on

Erm, tak tahu nak tulis pasal apa. Broadband aku pun buat hal, connectionnya alahai lagi lembap dari Sang Kura dalam Perlumbaan Kedua. Facebook,Blogger semua website amat lembap untuk di serve. So, aku akan hilang buat sementara waktu. :)

Kemalangan Jalan Raya

| Posted in | Posted on

Pada tanggal 08.03.2010 malang tidak berbau ayam goreng telah menimpa aku. Aku ditimpa kemalangan buat kali pertama di bandar Ipoh. Lebih tepat lagi di kawasan Silibin. Ini bukan kali pertama aku kemalangan motorsikal dan kali ini adalah kali ke-3. Hahaha. Tetapi yang aku pelik kemalangan kali ini adalah yang agak teruk namun aku tak mengalami sebarang kecederaan walaupun sedikit calar di badan. Baju dan seluar pun tidak koyak, hanya kotor sedikit. Kerosakan scooter aku memang teruk T_T. Aku hanya lenguh-lenguh badan.

      
Kejadian berlaku kira-kira 4.45 petang pada hari Isnin. Aku dalam perjalanan pulang dari kolej ke kediaman pelajar. Pada petang itu seorang sahabat ajak pulang bersama kerana dia ingin mengambil kakaknya yang bekerja di Silibin. Ole itu, petang itu aku pulang menggunakan jalan menghala ke Silibin kerana kebiasaannya aku menggunakan jalan menghala ke Buntong. Bak kata orang malang memang tak ada bau langsung. Elok sahaja sampai di jalan berhadapan stesyen minyak Caltex, aku nampak sebuah kereta Audi (model lama je) bersedia untuk melintas di depan aku. Dia sudah berhenti dan memberi isyarat. Aku pun dengan yakin meneruskan perjalanan aku kerana aku anggap kereta tersebut akan menunggu aku melepasi dia baru melintas. Lain pula yang jadi, elok sahaja aku dekat dengan kereta itu, dia pun melintasi jalan  dan aku menarik brek tapi sudah tidak sempat lalu melanggar bahagian belakang kereta itu. Ketika itu, aku rasa macam stuntman yang melakukan aksi berbahaya. Aku rasa seperti tercampak dan bergolek. Sedar-sedar aku terduduk menghala ke belakang dan scooter aku agak jauh dari aku. Aku bangun dengan pantas kerana risau ada kenderaan lain ada di belakang aku. Syukur jalan ketika itu tiada kenderaan. Pemandu kereta itu pun keluar, dan dia adalah rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Haiya! Lu ar!. Aku pun menyuruh dia mengangkat scooer dan tolak ke tepi. "Apa ni? Tak nampak ke orang nak lalu dulu ke? Aku baru balik kelas ni" Baik tak ayat aku? Hahaha "Sorry-sorry" dia jawab. Amboi senangnya Cina ni jawab. Lalu dia pergi ke kereta dan mengambil cash RM300. Aku pun terima dalam keadaan panik dan dia pergi macam tu je. Aku dan sahabat melihat kerosakan scooter aku. Memang teruk dan RM300 tidak mencukupi. Aku pun tak sempat nak mengambil nombor pendaftaran kereta Cina tersebut. Sahabat aku pun hanya ingat nombornya sahaja. Selepas rehat sebentar, sahabat aku pun cuba untuk membawa pulang scooter aku yang nazak tu pulang ke rumah. Aku mengikutnya dari belakang dengan motornya. Sedih aku melihat keadaan bini aku, bila dibawa seperti menjoki seekor kuda. Syukur kerana selamat dibawa pulang ke rumah dan rakan-rakan lain mula bertanya. Aku pun jawab la soalan-soalan panas tersebut.


Malam harinya mak bapak aku pun datang ke Ipoh untuk menjenguk aku. Aku bukan tak suka tapi tak payah la susah-susah nak datang malam macam ni. Tapi biasa la bila dengar anaknya jatuh mana boleh tidur. Aku pun tahan dengan bebelan yang bertubi-tubi dan scooter aku hampir ditarik balik. Oh Tidak! Aku pun menggunakan ekspresi muka dan ayat yang dahsyat lalu dapat memujuk balik. Hahahaha. Scooter pun masuk bengkel untuk dibaiki dan anggarannya mencecah RM1 400++. Lemah semangat bila aku tengok harga tu. Habis la duit bapak aku. Aku akan cuba mencari Cina itu balik untuk claim duit. RM300 tidak mencukupi. Sekarang aku hanya menunggu masa untuk bini aku kembali pulih. :)

2010

| Posted in | Posted on

Bermulalah diari tahun 2010 aku. Memang amat berlainan dari tahun-tahun yang lain. Kalau tidak setiap tahun akan dimulakan dengan sesi persekolahan yang baru, tetapi tahun ini aku sudah menjadi seorang mahasiswa dan bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah biasa. Aktiviti harianku pun dah tidak seperti dulu lagi. Aku telah diberi peluang untuk memasuki UniKL RCMP (Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak). Nama pun dah cukup hebat institut di bawah naungan MARA ini. Aku seperti seorang yang tidak berilmu ketika datang ke IPTS ini, kerana aku mendapat tahu bahawa kursus aku ini ada juga ditaja oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) lain ceriata bagi mereka yang memohon melalui SPA. Sudah tentu mereka ini bukan calang-calang orang, kebanyakkannya dari Kolej Matrikulasi dan IPTA. Aku mengikuti kursus Diploma Radiografi ataupun Pengimejan Perubatan. Jadual harian pun agak memenatkan dan kadang-kadang agak menyeronokkan kerana pensyarah cuti kecemasan dan kelas tamat lebih awal. Hahaha. Pensyarah pun boleh dikatakan ok ketika mengajar, setiap pensyarah mempunyai perangai dan cara mengajar tersendiri. Kediaman yang diberi pun agak selesa walaupun kemudahan untuk mencari makanan agak susah, tapi mudah jika ada kenderaan sendiri. Aku memang nak bawa motor secepat yang mungkin.

Rumahku, Syurgaku

| Posted in | Posted on

 


Kalau sudah memasuki mana-mana institusi, mestilah kita kan disediakan dengan kediaman pelajar ataupun asrama. Pelajar lelaki UniKL diberi rumah teres 3 tingkat, aku cukup bersyukur kerana diberi bilik yang agak selesa. Pertama kali aku menduduki rumah teres yang mempunyai 3 aras. Setiap rumah mempunyai 6 bilik, dan bilik aku adalah Bilik 6. Senang cerita atas sekali dan setiap bilik ada yang mempunyai dari 2 hingga ke 4 penghuni. Walaupun agak panas kerana kipasnya hanya kipas dinding kerana risau akan keselamatan, tapi kesuluruhannya memuaskan. Bilik air ada di setiap bilik, tidaklah kami berebut untuk menggunakan bilik air. Aku buat hostel ni dah macam rumah aku sendiri, dibawanya iron board,carpet,ampaian pakaian. Ini semua sebab seorang mak nak anaknya hidup dalam keadaan selesa. Terima kasih Mak. 


 

Secara tak langsung kita akan mula mengenali perangai seseorang bila kita hidup di bawah satu bumbung. Aku mula mengenali hati budi roommate2 dan housemate aku. Aku sudah nampak mana yang rajin,pembersih dan sebagainya. Tapi kalau dah rumah bujang, faham-faham jela. Namun setakat ini masih okay, tiada lagi yang membuat masalah yang boleh mencetuskan kemarahan. Aku sentiasa menjaga kebersihan bilik aku, supaya selesa untuk didiami. Semester pertama kami wajib untuk mendiami hostel, tapi bagi pelajar persendirian mereka boleh pilih untuk tinggal di luar atau hostel. Aku tak tahu sama ada untuk tinggal di hostel atau rumah sewa. Macam la bapa aku bagi nak duduk di rumah sewa, Kita tengok jela nanti.

Bermulanya 2010

| Posted in | Posted on




 Setelah tamatnya tahun 2009, aku pun memasuki tahun 2010. Satu tahun yang agak baru bagi aku kerana tahun ini mungkin mencabar bagiku. Rutin harianku akan berubah dan tidak seperti tahun-tahun yang lain. Aku sekarang bukan lagi seorang pelajar Sekolah Menengah biasa tapi seorang mahasiswa. Aku sudah memasuki satu tahap yang baru di dalam kehidupan. Setelah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, aku telah memasuki UniKL RCMP, Universiti Kuala Lumpur royal College of Medicine Perak. Kampusnya terletak di Ipoh. Ia berada di belakang Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hadapannya Bangunan KWSP. Aku mengambil kursus Radiografi aka Pengimejan Perubatan. Aku yakin ramai yang tidak tahu akan kursus ni, kalau cakap x-ray tahu, kalau radiografi tak tahu. Kursus radiografi tidak semata-mata tentang x-ray tapi terdapat banyak lagi jenis pengimejan yang kita tidak tahu. Orang ramai juga beranggapan kerjaya sebagai seorang Juru X-Ray ini berbahaya dan berisiko akan radiasi. Jika benar, sila beri saya statistik Juru X-Ray yang mati dalam setahun akibat terkena radiasi. Sebagai seorang Juru X-ray yang professional, kami tahu cara-cara untuk mendapat perlindungan daripada radiasi. Contoh-contoh pengimejan selain chest x-ray yang anda buat sebelum nak masuk IPT tu.

 

 
 Imej usus menggunakan contrast media barium


      Angiography, imej saluran darah.

Konklusinya, kursus radiografi sememangnya menarik. Jika boleh saya nak belajar hingga ke peringkat ijazah, dan jika mampu saya nak belajar hingga ke peringkat Master.

diari 2009

| Posted in | Posted on

  Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010. 2009. Satu tahun yang agak kosong bagi ku. Manakah tidaknya. Sepanjang tahun ini aku tidur,lepak dan makan. haha. hanya duduk di rumah menjadi seorang Mr. Mama. ermm. Tiada peristiwa yang menarik pun bagi ku pada tahun 2009. yang aku tahu otak aku sememangnya berehat sepuas-puasnya. tiada tekanan atau stress. hanya hiburan. haha. namun, kadang-kadang tertekan juga, kerana memikirkan akan masa depan. rakan seperjuangan sudah mula berjuang di tempat masing-masing, aku sahaja yang masih tidak ada hala tuju. malahan tahun ini adalah yang paling cepat berlalu dan membosankan bagiku. bulan Ramadhan yang paling pantas berlalu. tidak berkesempatan untuk merasa nikmat bulan tersebut. Hari Raya Aidilfitri yang paling membosankan dalam hidupku. (kerana hasil tak lumayan, dah tua) haha. Sambutan kemerdekaan pun tidak begitu meriah kerana jatuh pada bulan puasa. Seperti yang saya katakan tahun 2009 sememangnya tiada makna. bangun setiap hari melakukan rutin yang sama. hari demi hari, minggu demi minggu. sedar-sedar kalendar 2009 sudah pun tinggal sehelai sahaja. "ha? dah bulan 12 rupanya. cepat betul, tak sedar pun". oleh itu, aku semakin sibuk melakukan persiapan untuk menyambung pengajian setelah diberi peluang.
   Tidak lama lagi, akan ku tinggalkan teratak usang ini dan rutin2 yang dilakukan setiap hari. tahun 2010 merupakan tahun yang agak mencabar bagiku. aku akan mula sambung belajar dan semestinya bermacam-macam masalah akan datang. otak aku akan mula berserabut kembali. setelah lama tidak digunakan sepenuhnya, ia akan mula memainkan peranan yang sepatutnya dilakukan. Rutin harianku akan berubah dan dah tidak seperti ketika di rumah. ada sahaja aktiviti nak dilakukan. yang aku tahu, aku akan merindui aktiviti tahun 2009. haha. goyang kaki selama tahun. tapi ada juga kerja yang harus dilakukan. melepak dengan sahabat yang menganggur haha,ride motor sama-sama ke Ipoh. seronok betul. tapi itulah, sampai bila nak jadi macam tu. kita mestilah maju setapak. janganlah berada di takuk yang sama saja.
Konklusinya, aku mengharapkan sesuatu yang menarik pada tahun ini, 2010. :)