Bermulanya 2010

| Posted in | Posted on




 Setelah tamatnya tahun 2009, aku pun memasuki tahun 2010. Satu tahun yang agak baru bagi aku kerana tahun ini mungkin mencabar bagiku. Rutin harianku akan berubah dan tidak seperti tahun-tahun yang lain. Aku sekarang bukan lagi seorang pelajar Sekolah Menengah biasa tapi seorang mahasiswa. Aku sudah memasuki satu tahap yang baru di dalam kehidupan. Setelah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, aku telah memasuki UniKL RCMP, Universiti Kuala Lumpur royal College of Medicine Perak. Kampusnya terletak di Ipoh. Ia berada di belakang Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hadapannya Bangunan KWSP. Aku mengambil kursus Radiografi aka Pengimejan Perubatan. Aku yakin ramai yang tidak tahu akan kursus ni, kalau cakap x-ray tahu, kalau radiografi tak tahu. Kursus radiografi tidak semata-mata tentang x-ray tapi terdapat banyak lagi jenis pengimejan yang kita tidak tahu. Orang ramai juga beranggapan kerjaya sebagai seorang Juru X-Ray ini berbahaya dan berisiko akan radiasi. Jika benar, sila beri saya statistik Juru X-Ray yang mati dalam setahun akibat terkena radiasi. Sebagai seorang Juru X-ray yang professional, kami tahu cara-cara untuk mendapat perlindungan daripada radiasi. Contoh-contoh pengimejan selain chest x-ray yang anda buat sebelum nak masuk IPT tu.

 

 
 Imej usus menggunakan contrast media barium


      Angiography, imej saluran darah.

Konklusinya, kursus radiografi sememangnya menarik. Jika boleh saya nak belajar hingga ke peringkat ijazah, dan jika mampu saya nak belajar hingga ke peringkat Master.

Comments (0)