Rumahku, Syurgaku

| Posted in | Posted on

 


Kalau sudah memasuki mana-mana institusi, mestilah kita kan disediakan dengan kediaman pelajar ataupun asrama. Pelajar lelaki UniKL diberi rumah teres 3 tingkat, aku cukup bersyukur kerana diberi bilik yang agak selesa. Pertama kali aku menduduki rumah teres yang mempunyai 3 aras. Setiap rumah mempunyai 6 bilik, dan bilik aku adalah Bilik 6. Senang cerita atas sekali dan setiap bilik ada yang mempunyai dari 2 hingga ke 4 penghuni. Walaupun agak panas kerana kipasnya hanya kipas dinding kerana risau akan keselamatan, tapi kesuluruhannya memuaskan. Bilik air ada di setiap bilik, tidaklah kami berebut untuk menggunakan bilik air. Aku buat hostel ni dah macam rumah aku sendiri, dibawanya iron board,carpet,ampaian pakaian. Ini semua sebab seorang mak nak anaknya hidup dalam keadaan selesa. Terima kasih Mak. 


 

Secara tak langsung kita akan mula mengenali perangai seseorang bila kita hidup di bawah satu bumbung. Aku mula mengenali hati budi roommate2 dan housemate aku. Aku sudah nampak mana yang rajin,pembersih dan sebagainya. Tapi kalau dah rumah bujang, faham-faham jela. Namun setakat ini masih okay, tiada lagi yang membuat masalah yang boleh mencetuskan kemarahan. Aku sentiasa menjaga kebersihan bilik aku, supaya selesa untuk didiami. Semester pertama kami wajib untuk mendiami hostel, tapi bagi pelajar persendirian mereka boleh pilih untuk tinggal di luar atau hostel. Aku tak tahu sama ada untuk tinggal di hostel atau rumah sewa. Macam la bapa aku bagi nak duduk di rumah sewa, Kita tengok jela nanti.

Comments (0)