anak tunggal

| Posted in | Posted on

definisi anak tunggal ialah sebuah keluarga yang mempunyai hanya seorang sahaja cahaya mata. ya la tu. aku lah salah seorangnya. orang selalu beranggapan cakap je anak tunggal mesti anak manja. nah kau. lancau anak manja. siapa cakap kalau anak tunggal tentu dia tu dimanjakan oleh orang tuanya. pandai la cakap. ya, kebanyakan anak tunggal ini memang anak manja. segala permintaannya akan dituruti oleh mak bapaknya. minta lah apa sahaja, mesti dia akan dapat. kalau tak dapat, kiamat lah dunia ini. mak bapak mereka sungguh percaya akan anak mereka ini. aku pula sebaliknya yang terjadi. apa yang aku minta akan dapat. tapi memkan masa. kalau yang aku hajati itu adalah benda atau perkara yang biasa, aku akan dapat lah. tapi kalau yang bernilai ratusan atau ribuaan ringgit, aku harus memberitahu sebeb yang tepat mengapa aku hajati benda tersebut. contohnya, motor lah. "ayus cuma nak pergi sekolah dengan tuisyen. tu je" yalah tu. memang betul dengan ada motor senang lah aku nak ke mana-mana. kalau kereta tu jangan mimpi lah. mak bapak aku pun berhempas-pulas untuk membeli kereta untuk kegunaan mereka. erm. aku tengok semua rakan-rakanku boleh keluar malam. walaupun sebelum SPM mereka juga dilarang untuk keluar malam, namun setelah habis SPM mereka pun sudah dibenarkan untuk keluar malam. aku juga berfikir mati-matian aku boleh keluar malam setelah tamatnya peperiksaan SPM. hahaha. you are wrong my dear. bapak aku masih melarang aku untuk keluar malam. ditambah lagi, dia mengatakan bahawa blood pressure dia akan naik jika aku minta dia untuk keluar malam. pantang baginya. sudah. aku sampai sekarang menjadi takut untuk menanya dia untuk keluar malam. aku harus bersyukur kerana dia telah membelikan pc yang latest untuk aku. dia cakap kepada ku "selagi kau tak boleh manage hidup kau aku takkan benarkan kau keluar malam. bangun subuh pun aku kena kejutkan lagi." apakah maksud dia sebenarnya? adakah aku harus bangun sendiri untuk menunaikan solat subuh baru dia membenarkan aku untuk keluar malam? bio betoi yeop? hahaha. entah lah. aku berserah jelah. mungkin kedua-dua orang tuaku masih beranggapan yang aku masih tidak boleh menjaga diri. aku masih tidak boleh membawa diri dengan selamat. mungkin setelah aku cukup 18 tahun baru bapak aku percayakan aku. segalanya bergantung kepada kepercayaan ibu bapa terhadap kita. itu tanggapan saya.

kehidupanku

| Posted in | Posted on

Ahmad Fairuz Bin Ab Malik. itulah yang tertulis di sijil kelahiran aku. jururawat yang menulis sijil kelahiran aku kurang pandai. kerana menulis Ab untuk singkatan Abdul. setidak-tidaknya Abd dan bukan Ab. sepatutnya ditulis penuh tetapi nurse itu mungkin pemalas atau dia agak mengantuk ketika menulis sijil yang paling penting dalam hidup aku. tidak mengapalah. aku memaafkan dia. ya, itulah saya. seorang anak melayu yang beragama islam. aku bersyukur karana aku dlahirkan dalam beragama islam. tetapi adakah aku melakukan segala tuntutan agama aku. hanya aku dan tuhan yang tahu. aku dilahirkan di Hospital Fatimah, ipoh Perak. setelah itu, ibu bapaku berpindah ke sitiawan. ini kerana mak aku teringin sangat untuk menetap di sitiawan. mak aku adalah orang taiping, perak. bapa aku pula orang johor. aku adalah anak tunggal. aku hanya seorang sahaja dan tiada mempunyai adik-beradik. aku hanya sebatang kara. adakah itu nasib aku. aku bersyukur kerana masih ada ibu bapa untuk menyara aku. aku amat takut apabila tiba masanya kedua-dua ibu bapa aku meninggalkan aku. oleh itu, nasib aku tidak begitu baik. namun aku bersyukur terhadap tuhan kerana mereka masih ada untuk aku. selama sembilan bulan mak aku membawa aku ke mana-mana sahaja. mak aku memberi makan yang cukup kepadaku. zat yang cukup untuk aku membesar dari janin sehiggalah aku sempurna menjadi seorang manusia. secara saintifiknya menjadi homo sapien yang sempurna. apa lah agaknya mak aku inginkan dari aku apabila aku sudah keluar dari rahimnya dan melihat dunia? adakah dia inginkan aku menjadi seorang anak yang soleh? seorang anak yang berjaya? aku terfikir sejenak. adakah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. aku berhutang nyawa dengan ibuku kerana melahirkan aku. ibu bapa aku akan mula mengeluarkan belanja semasa aku masih dalam kandungan lagi. baju,botol susu dan segala keperluan seorang bayi. aku tidak tahu bagaimana mereka melayan aku ketika itu. adakah sepenuh kasih sayang mereka? di saat itu, aku lah perkara yang paling penting bagi mereka. segala benda diberi kepadaku. aku akan mula membesar dan akan mula belajar untuk meneruskan hidup di dunia ini. aku akan belajar bercakap, berjalan. tidak lama kemudian aku akan mula membaca,menulis, dan mengira. aku akan memasuki ke tadika. di situ bapa aku akan membeli uniform pertamaku, beg dan segala peralatan. yuran juga dibayar. mak aku pula sibuk menyediakan bekalan untuk aku bawa setiap pagi. bapa aku akan ulang alik untuk mengambilku dan menghantarku. masa dan wang telah aku berhutang dengan bapa ku. tiba masanya untuk aku langkah setapak untuki memasuk alam sekolah rendah. seperti biasa bapa aku akan mengeluarkan belanja unuk ku. uniform,alat tulis.yuran dan sebagainya. aku masih ingat ketika hari itu merupakan hari pertamaku di bangku sekolah rendah. aku beras takut kerana tidak mengenali sesiapa. bapa aku tunggu di luar kelas sehinggalah aku tidak takut dan mula mengenali rakan-rakan. bapa aku memberi duit belanja dan mengajar aku untuk membeli di kantin. sekali lagi aku berhutang wang dan masa denagn bapa aku. selama 6 tahun aku berada di bangku sekolah rendah. dan masa berlalu dengan pantas dan aku sudah di darjah 6. aku akan menduduki peperiksaaan UPSR iaitu peperiksaan penting pertamaku. mak aku selalu membelikan buku rujukan dan latihan untuk persediaan. sekarang aku berhutang wang dengan mak aku pula. syukur tuhan aku cemerlang dalam peperiksaan dengan mendapat 5A. aku berangan untuk memasuki sekolah berasrama penuh. MRSM dan sekolah-seklah sains. namun sekali lagi nasib aku tidak begitu baik kerana tidak mendapat mana-mana tawaran. tapi aku mendapat tawaran di satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. setahu aku sekolah itu amat hebat dalam permainan hoki. aku stick hoki pun tidak pernah dipegang. aku mendapat tawaran rancangan khas iaitu satu program yang diberi kepada pelajar yang cemerlang dalam UPSR yang tidak dapat mana-mana tawaran sekolah berasrama penuh. aku berfikir masak-masak untuk membuat keputusan. lalu aku memilih untuk pergi. ibu bapa aku tidak boleh melarang, kerana ini adalah kemahuan anak mereka lalu membenarkan untuk aku pergi. seperti biasa wang akan dikeluarkan untuk keperluan asaramaku. barang mandiku, makanan, pakaian dan sebagainya. sehinggalah aku sampai si sekolah tersebut. bapa aku mula mencari di mana kah asramanya. akhirnya jumpa juga. jauh sedit dari sekolah. setelah sampai di asrama dan mengeluarkan barang, sekali lagi dompet bapa aku dikeluarkan untuk membayar yuran asrama yang merangkumi bayaran makan dan dobi. aku akan memulakan tingkatan 1 di sekolah berasrama. jauh dari mak dan abah. pada malam pertama aku tidur di dorm, aku mendengar rakan-rakan baru ku menagis teresak-esak. baru sahaja beberapa jam mereka ditinggalkan, sudah ada yang merindu ibu bapa mereka. ia berlaku kepada ku juga. aku tidak menangis tapi aku bangun dan turun dari katilku untuk ke bawah dengan membawa syiling. aku menelefon mereka dengan telefon awam yang disediakan. aku menahan untuk tidak menagis ketika bercakap dengan mereka di talian. aku menjadi semakin berani hari demi hari dan mula berdikari. segalanya harus dibuat sendiri. ibu bapa aku akan datang melawat aku dan membawa makanan kegemaranku. sekali lagi bapa aku akan memberi duit belanjaku. sekali lagi aku berhutang masa dan wang dengan ibu bapaku kerana memberi aku belanja dan berulang alik dari manjung ke ipoh. duit minyak kereta lagi. namun prestasi pelajaranku semakin menurun. setiap tahun keputusanku akan merosot. sehinggalah hujung tahun tingkatan 2. ibu bapa aku membuat keputusan untuk membawa aku pulang dan sekolah di sekolah lamaku. aku mula berfikir akan kawan-kawanku di asrama. kawan yang sudah duduk di bawah bumbung yang sama. pergi ke sekolah bersama. makan bersama. outing bersama. diraging bersama. didenda bersama. fly bersama. tidur bersama. segalanya lah. mereka merupakan kawan yang sebenarnya. terdapat kenangan yang tak terhingga di asrama. tidak manis dan pahit. akan aku ingat sentiasa. aku pun pulang semula ke rumah dan sekolah semula di Sekolah Menengah Methodist ACS, Sitiawan. seperti biasa duit akan dikeluarkan untuk kelengkapanku. pagi yang berbeza di sekolah acs, aku merindui rakan-rakanku di ipoh. aku kenal segelintir rakan-rakan lamaku. tetapi ramai juga yang aku tidak kenal kerana merka dari sekolah yang lain ketika sekolah rendah. sekali lagi aku akan menduduki peperiksaan penting iaitu PMR. aku mula mengenali rakan-rakan baru dan berkawan dengan mereka. setelah tamat peperiksaan keputusan pun dikeluarkan. agak mengecewakan. aku hanya memperoleh 3A3B2C. ketika aku mengambil slip. aku menelefon bapa ku untuk memberitahunya. aku tidak tahu akan perasaan bapa aku ketika itu. adakah ini kesilapan aku kerana memasuki sekolah berasrama? adakah aku tidak tahu menjaga diri ketika di asrama? sehingga sekarang aku tidak tahu apa yang menyebabkan keputusan PMR ku teruk. aku memasuki alam menengah yang sebenarnya iaitu tingkatan 4 dan setahun kemudian tingkatan 5. di tingkatan 5 aku akan mengambil peperiksaan yang paling penting dalam hidupku iaitu SPM. aku memilih untuk mengambil aliran sains tulen. sejak aku berada di tingkatan 1 orang memberitahuku bahawa mata pelajaran matematik tambahan adalah amat sukar. aku mula berasa gelisah kerana mengambil mata pelajaran tersebut. aku hanya minat mata pelajaran biologi. aku memulakan sesi tingktan 4. semakin tidak elok keadaannya. setiap ujian atau peperiksaan ada sahaja mata pelajaran sains yang gagal. bapaku tanya kepadaku adakah aku boleh mengikuti aliran sains ini. aku cakap boleh tetapi agak susah. bapaku menyuruh aku lebih serius pada tahun depan. akhirnya, aku akan menamatkan zaman persekolahanku dan akan menduduki peperiksaan yang akan menentukan hidupku kelak. belanja aku tahun ini adalah yang paling banyak. duit yuran tuisyen,buku rujukan yang setebal kitab al-quran. kelas tuisyen ada yang aku pergi dan ponteng. aku sudah mempunyai lesen motor dan mempunyai motor. sekali lagi aku berhutang ribuan ringgit dengan bapaku kerana membelikan aku motor dan membayar lesen ku. hari demi hari dan tibalah hari yang bersejarah dalam hidupku iaitu tibalah hari untuk megambil SPM. aku menjawab semua mata pelajaran yang telah aku daftarkan. ada yang boleh, ada yang susah, diteka,dihentam masyaallah! bagaimana tuhanku? keputusan ini amt penting bagi ku. mungkin ini lah akibatnya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh ketika masa masih ada. sekarang aku sedang menunggu keputusanku untuk keluar. aku jadi orang gaji di rumah. melakukan segala kerja-kerja rumah. aku mendapat RM150 sebulan. adakah dengan melakukan kerja-kerja rumah yang tidak seberapa itu dapat membayar segala yang telah mak aku beri kepadaku. diberi lagi gaji kepadaku. sekali lagi aku berhutang dengan mak aku. janganlah terkejut kalau perbelanjaan kamu dari kamu bayi sampai sekarang bolen mencecah sehingga RM 1, 000, 000 atau lebih.duit itu duit ini. pakaian,makanan,persekolahan,duit raya,lesen,PS 2,handphone,kereta,motor?. apa lagi? malahan underwear atau boxer kamu pun masih dibeli oleh mak. jangan la kamu nak berlagak bagus atau langsi dengan mempunyai duit yang banyak. semuanya dari ibu bapa kau. kau kerja sendiri tengok. rasa tak keletihan, keperitan,kesusahan untuk mendapat wang gaji sebulan. kalau kamu best la sebab kamu yang enjoy duit tu sendiri. cuba belanja kawan. mesti berat hati kan? pikir 2,3 kali. bapak kau ada tak kedekut dengan kau duit gaji dia? ada? so, fikir-fikirlah dengan apa yang aku tulis ni. hutang masa tak tau nak langsai macam mana dengan mak bapak aku. semua ini pengorbanan dari seorang insan yang paling mulia iaitu IBU BAPA kita.

kawan kita

| Posted in | Posted on

Kawan kau lah. 1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak.. 2) kawan tu bukan macam main SKATEBOARD. Mula-mula gosok..lepas tu pijak.. 3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang.. 4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang.. 5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai. 6) kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul.. 7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit,jual.. ambik kereta baru.. 8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde.. 9) kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. 10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dengan teliti sampai habis. Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya.. :)

cari makan larr

| Posted in | Posted on

di suatu pagi kelas 2 Jingga. guru Bahasa Melayu tidak dapat hadir pada hari itu. cikgu ganti memasuki kelas itu. Ali mengajak beberapa kawannya datang duduk di tempatnya. "weh, boring ar." kata Ali. Abu pun menjawab. "jom ar sembang pasal apa-apa, nak?" Ah Chong berkata "ok juga". "kawan-kawan, lu punya bapak kerja apa ar?" tanya Rajoo. Ali mencelah, "erm, bapak aku kerja posmen je. keluar pagi macam tu pastu petang balik ar. tengah hari macam tu dia start hantar surat rumah ke rumah. sampai habis surat-surat yang dia bawa pakai motor merah tu. petang balik rumah. tu la rutin dia tiap-tiap hari. "owh. ko takpa jugak. aku lagi ar, tak tau pun bapak aku kerja apa. yang aku perasan, dia macam ada bawa serbuk. tak banyak. sikit je. kalau timbang cuma berapa gram je. tepung bukan dia cakap. tapi bapak aku cakap. serbuk ni mahal gila kalau dapat jual. boley beli rumah besar, kereta macam skyline, evo, integra tu tu tak da hal. tapi bapak aku dapat jual kadang-kadang je dia cakap. tu la kadang-kadang aku dapat makan secret recipe tiap-tiap malam. membe-membe bapak aku panggil dia the pusher. bukan the punisher." kata Abu. Ah Chong pun menjawab, "fuiyo, hebat la itu serbuk. saya mau 10 gram boley ka Abu?haha. bapak saya ha lain cerita wo. dia ar suka itu computer. pc dia ar dari atas sampai bawah penuh itu CD-ROM. itu tempat letak cd la. dalam bilik dia ar ada 10 pc wo. saya banyak terkejut wo. waihai. dia asyik duduk dalam bilik dia mengadap itu pc. lagi ar dia selalu suruh saya pegi kedai beli itu cd/dvd banyak-banyak. beratus keping. banyak mahal wo. setiap kali ada filem baru di pawagam, dia mesti pergi tengok. tala ajak saya wo. itu hp camera mesti dia bawak. tak pernah lupa. hujung minggu saya ikut dia pergi itu petaling street. tolong dia jual itu cd/dvd la. customer panggil dia pirates of the movie. bukan pirates of the caribbean." Abu tanya kepada Rajoo. "senyap je ko. bapak ko pulak kerja apa?" "saya pun tak tau la bapak saya kerja apa. mak saya suda lama meninggal dunia. tinggal saya dengan dia saja. bapak saya ada itu van besar. hi ace,estima,alphard. tukar banyak kali. tiba malam saja dia angkat ramai perempuan cantik. cina ada endon ada siam pun ada. ramai tapi memang banyak cantik. dia akan cari orang yang dia kenal and then sorang perempuan akan ikut itu orang. esok hari itu laki bawa balik itu perempuan, bagi balik sama bapak saya dengan duit. banyak jugak. RM2, 000 ke atas"jawab Rajoo. a.k.a bapak saya father of the chicks. Ali berasa hairan bercampur pelik. apa la agaknya pekerjaan bapa kawan-kawannya itu. berlainan sungguh daripadanya. "dahsyatnya bapak korang. tak pernah aku dengar kerja-kerja macam tu dalam hidup aku. erm. tapi kan, bapak aku cakap dia paling takut kalau tiba-tiba tengah hantar surat hari hujan. sebab risau surat-surat orang basah dan rosak lalu tidak boleh dibaca. bapak korang?" tanya Ali ketiga-tiga sahabatnya menjawab dengan serentak "kereta waja,saga,perdana, atau pajero yang berwarna putih. ada tulisan biru kat bodynya. pemandu dan penumpangnya berpakaian seragam berwarna biru gelap. selamat pagi tuan! " "HAH?!" kata Ali dengan terkejutnya.

oh, sekolah

| Posted in | Posted on

sekolah. erm. fuhh. setahu aku, aku kena pergi bangunan ni 5 hari dalam seminggu. kadang-kadang sampai 6 hari dalam seminggu. kalau ikut tahun, aku dah10 tahun ulang-alik. fuiyo. lama tu. dari SRK ACS Sitiawan ke SMK Anderson, Ipoh pastu balik ke SMK Methodist ACS. yang aku tahu lagi tinggal dalam beberapa hari je lagi, aku akan meninggalkan bangunan yang paling boring ni. sekarang boleh ar cakap boring. tapi tengok la selepas SPM nanti. masing-masing dah buat hal sendiri. korang akan merindui detik-detik ketika berada sekolah dahulu. time tengah lepak dengan kengkawan. ketawa macam nak pecah tali perut. kena rush dengan cikgu. bermain macam budak-budak pada waktu pj. semua ni mesti korang akan teringat punya. time tu baru korang tau betapa nikmatnya zaman persekolahan. sekarang kalau boleh nak ponteng je. liat sungguh hendak ke sekolah. tapi bila lama tak jumpa member, baru la terasa nak pergi sekolah. kalau waktu sekolah hari-hari kita boleh bermesyuarat dengan member-member. bila dah habis sekolah, macam mana nak jumpa? ntah on contact ke da lost contact? baru korang sedar yang sekolah itu sememangnya best. bukan sesuatu yang bosan. sekarang aku sudah selamat menamatkan zaman persekolahan. aku pun sudah mula merindui suasana sekolah. aku rindu kawan,cikgu,kerani,gardener. haha.

motorsikal berkuasa besar

| Posted in | Posted on

apakah minat aku? erm. aku lebih suka kepada bab-bab kereta dan motor. muzik itu sekadar hobi sahaja. sedap didengar je. apa-apa yang best layan je. gitar,drum satu haram aku tak reti main. setakat code tu nenek aku pun tau. kalau motor aku ada LC je. tu pun beli pakai duit malik. best jugak lap motor ni. tapi motor idaman aku adalah Ducati Monster S4RS. smart motor buatan italy ni. bodynya yang naked, lampu macam cup bulat. fuh. elegant habis cakap hang. superbike ni memang sedap nak main lap. sebab dia ada space frame kat chasis dia berbanding dengan moto-motor seperti R1, CBR, dan lain-lain motor buatan jepun. motor ni memang stabil bila ambil selekoh. bunyi paipnya pun sedap. bunyinya mengaum lagi-lagi kalau pakai paip performance Termignoni. tapi nak joki motor ni memang kena ada skil. kalau tak, baru sehari kau bawa dah mampus tapi motor masih dalam keadaan baik cuma calar sikit je. ha. jangan ketawa.