anak tunggal

| Posted in | Posted on

definisi anak tunggal ialah sebuah keluarga yang mempunyai hanya seorang sahaja cahaya mata. ya la tu. aku lah salah seorangnya. orang selalu beranggapan cakap je anak tunggal mesti anak manja. nah kau. lancau anak manja. siapa cakap kalau anak tunggal tentu dia tu dimanjakan oleh orang tuanya. pandai la cakap. ya, kebanyakan anak tunggal ini memang anak manja. segala permintaannya akan dituruti oleh mak bapaknya. minta lah apa sahaja, mesti dia akan dapat. kalau tak dapat, kiamat lah dunia ini. mak bapak mereka sungguh percaya akan anak mereka ini. aku pula sebaliknya yang terjadi. apa yang aku minta akan dapat. tapi memkan masa. kalau yang aku hajati itu adalah benda atau perkara yang biasa, aku akan dapat lah. tapi kalau yang bernilai ratusan atau ribuaan ringgit, aku harus memberitahu sebeb yang tepat mengapa aku hajati benda tersebut. contohnya, motor lah. "ayus cuma nak pergi sekolah dengan tuisyen. tu je" yalah tu. memang betul dengan ada motor senang lah aku nak ke mana-mana. kalau kereta tu jangan mimpi lah. mak bapak aku pun berhempas-pulas untuk membeli kereta untuk kegunaan mereka. erm. aku tengok semua rakan-rakanku boleh keluar malam. walaupun sebelum SPM mereka juga dilarang untuk keluar malam, namun setelah habis SPM mereka pun sudah dibenarkan untuk keluar malam. aku juga berfikir mati-matian aku boleh keluar malam setelah tamatnya peperiksaan SPM. hahaha. you are wrong my dear. bapak aku masih melarang aku untuk keluar malam. ditambah lagi, dia mengatakan bahawa blood pressure dia akan naik jika aku minta dia untuk keluar malam. pantang baginya. sudah. aku sampai sekarang menjadi takut untuk menanya dia untuk keluar malam. aku harus bersyukur kerana dia telah membelikan pc yang latest untuk aku. dia cakap kepada ku "selagi kau tak boleh manage hidup kau aku takkan benarkan kau keluar malam. bangun subuh pun aku kena kejutkan lagi." apakah maksud dia sebenarnya? adakah aku harus bangun sendiri untuk menunaikan solat subuh baru dia membenarkan aku untuk keluar malam? bio betoi yeop? hahaha. entah lah. aku berserah jelah. mungkin kedua-dua orang tuaku masih beranggapan yang aku masih tidak boleh menjaga diri. aku masih tidak boleh membawa diri dengan selamat. mungkin setelah aku cukup 18 tahun baru bapak aku percayakan aku. segalanya bergantung kepada kepercayaan ibu bapa terhadap kita. itu tanggapan saya.

Comments (0)