Masa depan di depan mata

| Posted in | Posted on

   Setelah genap setahun lebih meninggalkan alam persekolahan, saya akui agak merindui suasana di sekolah. Boleh berjumpa dengan rakan-rakan setiap hari, melakukan aktiviti tidak bermoral,senonoh bersama-sama. Tapi sekarang, semua itu hanya kenangan yang mampu saya ingat sampai bila-bila. Semoga kita akan berjumpa lagi satu hari kelak. Sudah lama saya tidak menulis tentang kehidupan saya yang amat mengujakan kepada semua orang. hahaha. Kembali kepada tajuk Masa depan di depan mata. semua orang sudah mempunyai hala tuju masing-masing. hanya tinggal seorang individu sahaja yang masih terbang tinggi di awangan.. Ayat itu menggambarkan situasi saya sekarang, tapi itu semua mungkin tidak lagi kepada saya mulai sekarang. Selepas mendapat keputusan SPM yang memberangsangkan itu, saya seperti hilang arah tuju untuk melanjutkan pelajaran saya akibat satu subjek yang tidak kredit. Saya mengambil inisiatif untuk mengambil SPM(U) JUN. hoho. Syukur, kredit juga akhirnya.
    Akhirnya dapat juga saya mengambil kursus yang diminati. Saya seperti sudah mula nampak akan masa depan saya bagaimana. Jika tidak, hari demi hari saya fikirkan "apa aku nak jadi lagi 10,20 tahun?". Hidup saya baru saja bermula. Mula sahaja pengajian saya nanti, mungkin saya tidak boleh mengambil ringan akan pelajaran saya seperti apa yang saya lakukan ketika di bangku sekolah dahulu. Ini melibatkan kehidupan saya nanti. Sumber rezeki saya, periuk nasi saya. Enjoy ,enjoy juga. Study ,study juga. Kursus yang saya dapat hanya diploma radiogafi (UNIKL, RCMP). Takda standard pun kursus ni. Senang je nak dapat. Syarat kemasukan pun rendah. Sekiranya saya bekerja dengan hanya sijil diploma mungkin saya menjawat jawatan gred U29 ke U32 (kerajaan). Jika saya ada ijazah mungkin saya boleh menjawat jawatan U41. p/s: jika bekerja dengan kerajaan anda akan ada gred2 tertentu. nak tahu lebih lanjut. google je. ;) Setakat ini sahajalah kisah yang saya nak tulis. Tulis panjang-panjang orang akan meluat nak baca. :)

Comments (0)