oh, sekolah

| Posted in | Posted on

sekolah. erm. fuhh. setahu aku, aku kena pergi bangunan ni 5 hari dalam seminggu. kadang-kadang sampai 6 hari dalam seminggu. kalau ikut tahun, aku dah10 tahun ulang-alik. fuiyo. lama tu. dari SRK ACS Sitiawan ke SMK Anderson, Ipoh pastu balik ke SMK Methodist ACS. yang aku tahu lagi tinggal dalam beberapa hari je lagi, aku akan meninggalkan bangunan yang paling boring ni. sekarang boleh ar cakap boring. tapi tengok la selepas SPM nanti. masing-masing dah buat hal sendiri. korang akan merindui detik-detik ketika berada sekolah dahulu. time tengah lepak dengan kengkawan. ketawa macam nak pecah tali perut. kena rush dengan cikgu. bermain macam budak-budak pada waktu pj. semua ni mesti korang akan teringat punya. time tu baru korang tau betapa nikmatnya zaman persekolahan. sekarang kalau boleh nak ponteng je. liat sungguh hendak ke sekolah. tapi bila lama tak jumpa member, baru la terasa nak pergi sekolah. kalau waktu sekolah hari-hari kita boleh bermesyuarat dengan member-member. bila dah habis sekolah, macam mana nak jumpa? ntah on contact ke da lost contact? baru korang sedar yang sekolah itu sememangnya best. bukan sesuatu yang bosan. sekarang aku sudah selamat menamatkan zaman persekolahan. aku pun sudah mula merindui suasana sekolah. aku rindu kawan,cikgu,kerani,gardener. haha.

Comments (1)

  1. aku x plak ?? hahha