kehidupanku

| Posted in | Posted on

Ahmad Fairuz Bin Ab Malik. itulah yang tertulis di sijil kelahiran aku. jururawat yang menulis sijil kelahiran aku kurang pandai. kerana menulis Ab untuk singkatan Abdul. setidak-tidaknya Abd dan bukan Ab. sepatutnya ditulis penuh tetapi nurse itu mungkin pemalas atau dia agak mengantuk ketika menulis sijil yang paling penting dalam hidup aku. tidak mengapalah. aku memaafkan dia. ya, itulah saya. seorang anak melayu yang beragama islam. aku bersyukur karana aku dlahirkan dalam beragama islam. tetapi adakah aku melakukan segala tuntutan agama aku. hanya aku dan tuhan yang tahu. aku dilahirkan di Hospital Fatimah, ipoh Perak. setelah itu, ibu bapaku berpindah ke sitiawan. ini kerana mak aku teringin sangat untuk menetap di sitiawan. mak aku adalah orang taiping, perak. bapa aku pula orang johor. aku adalah anak tunggal. aku hanya seorang sahaja dan tiada mempunyai adik-beradik. aku hanya sebatang kara. adakah itu nasib aku. aku bersyukur kerana masih ada ibu bapa untuk menyara aku. aku amat takut apabila tiba masanya kedua-dua ibu bapa aku meninggalkan aku. oleh itu, nasib aku tidak begitu baik. namun aku bersyukur terhadap tuhan kerana mereka masih ada untuk aku. selama sembilan bulan mak aku membawa aku ke mana-mana sahaja. mak aku memberi makan yang cukup kepadaku. zat yang cukup untuk aku membesar dari janin sehiggalah aku sempurna menjadi seorang manusia. secara saintifiknya menjadi homo sapien yang sempurna. apa lah agaknya mak aku inginkan dari aku apabila aku sudah keluar dari rahimnya dan melihat dunia? adakah dia inginkan aku menjadi seorang anak yang soleh? seorang anak yang berjaya? aku terfikir sejenak. adakah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. aku berhutang nyawa dengan ibuku kerana melahirkan aku. ibu bapa aku akan mula mengeluarkan belanja semasa aku masih dalam kandungan lagi. baju,botol susu dan segala keperluan seorang bayi. aku tidak tahu bagaimana mereka melayan aku ketika itu. adakah sepenuh kasih sayang mereka? di saat itu, aku lah perkara yang paling penting bagi mereka. segala benda diberi kepadaku. aku akan mula membesar dan akan mula belajar untuk meneruskan hidup di dunia ini. aku akan belajar bercakap, berjalan. tidak lama kemudian aku akan mula membaca,menulis, dan mengira. aku akan memasuki ke tadika. di situ bapa aku akan membeli uniform pertamaku, beg dan segala peralatan. yuran juga dibayar. mak aku pula sibuk menyediakan bekalan untuk aku bawa setiap pagi. bapa aku akan ulang alik untuk mengambilku dan menghantarku. masa dan wang telah aku berhutang dengan bapa ku. tiba masanya untuk aku langkah setapak untuki memasuk alam sekolah rendah. seperti biasa bapa aku akan mengeluarkan belanja unuk ku. uniform,alat tulis.yuran dan sebagainya. aku masih ingat ketika hari itu merupakan hari pertamaku di bangku sekolah rendah. aku beras takut kerana tidak mengenali sesiapa. bapa aku tunggu di luar kelas sehinggalah aku tidak takut dan mula mengenali rakan-rakan. bapa aku memberi duit belanja dan mengajar aku untuk membeli di kantin. sekali lagi aku berhutang wang dan masa denagn bapa aku. selama 6 tahun aku berada di bangku sekolah rendah. dan masa berlalu dengan pantas dan aku sudah di darjah 6. aku akan menduduki peperiksaaan UPSR iaitu peperiksaan penting pertamaku. mak aku selalu membelikan buku rujukan dan latihan untuk persediaan. sekarang aku berhutang wang dengan mak aku pula. syukur tuhan aku cemerlang dalam peperiksaan dengan mendapat 5A. aku berangan untuk memasuki sekolah berasrama penuh. MRSM dan sekolah-seklah sains. namun sekali lagi nasib aku tidak begitu baik kerana tidak mendapat mana-mana tawaran. tapi aku mendapat tawaran di satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. setahu aku sekolah itu amat hebat dalam permainan hoki. aku stick hoki pun tidak pernah dipegang. aku mendapat tawaran rancangan khas iaitu satu program yang diberi kepada pelajar yang cemerlang dalam UPSR yang tidak dapat mana-mana tawaran sekolah berasrama penuh. aku berfikir masak-masak untuk membuat keputusan. lalu aku memilih untuk pergi. ibu bapa aku tidak boleh melarang, kerana ini adalah kemahuan anak mereka lalu membenarkan untuk aku pergi. seperti biasa wang akan dikeluarkan untuk keperluan asaramaku. barang mandiku, makanan, pakaian dan sebagainya. sehinggalah aku sampai si sekolah tersebut. bapa aku mula mencari di mana kah asramanya. akhirnya jumpa juga. jauh sedit dari sekolah. setelah sampai di asrama dan mengeluarkan barang, sekali lagi dompet bapa aku dikeluarkan untuk membayar yuran asrama yang merangkumi bayaran makan dan dobi. aku akan memulakan tingkatan 1 di sekolah berasrama. jauh dari mak dan abah. pada malam pertama aku tidur di dorm, aku mendengar rakan-rakan baru ku menagis teresak-esak. baru sahaja beberapa jam mereka ditinggalkan, sudah ada yang merindu ibu bapa mereka. ia berlaku kepada ku juga. aku tidak menangis tapi aku bangun dan turun dari katilku untuk ke bawah dengan membawa syiling. aku menelefon mereka dengan telefon awam yang disediakan. aku menahan untuk tidak menagis ketika bercakap dengan mereka di talian. aku menjadi semakin berani hari demi hari dan mula berdikari. segalanya harus dibuat sendiri. ibu bapa aku akan datang melawat aku dan membawa makanan kegemaranku. sekali lagi bapa aku akan memberi duit belanjaku. sekali lagi aku berhutang masa dan wang dengan ibu bapaku kerana memberi aku belanja dan berulang alik dari manjung ke ipoh. duit minyak kereta lagi. namun prestasi pelajaranku semakin menurun. setiap tahun keputusanku akan merosot. sehinggalah hujung tahun tingkatan 2. ibu bapa aku membuat keputusan untuk membawa aku pulang dan sekolah di sekolah lamaku. aku mula berfikir akan kawan-kawanku di asrama. kawan yang sudah duduk di bawah bumbung yang sama. pergi ke sekolah bersama. makan bersama. outing bersama. diraging bersama. didenda bersama. fly bersama. tidur bersama. segalanya lah. mereka merupakan kawan yang sebenarnya. terdapat kenangan yang tak terhingga di asrama. tidak manis dan pahit. akan aku ingat sentiasa. aku pun pulang semula ke rumah dan sekolah semula di Sekolah Menengah Methodist ACS, Sitiawan. seperti biasa duit akan dikeluarkan untuk kelengkapanku. pagi yang berbeza di sekolah acs, aku merindui rakan-rakanku di ipoh. aku kenal segelintir rakan-rakan lamaku. tetapi ramai juga yang aku tidak kenal kerana merka dari sekolah yang lain ketika sekolah rendah. sekali lagi aku akan menduduki peperiksaan penting iaitu PMR. aku mula mengenali rakan-rakan baru dan berkawan dengan mereka. setelah tamat peperiksaan keputusan pun dikeluarkan. agak mengecewakan. aku hanya memperoleh 3A3B2C. ketika aku mengambil slip. aku menelefon bapa ku untuk memberitahunya. aku tidak tahu akan perasaan bapa aku ketika itu. adakah ini kesilapan aku kerana memasuki sekolah berasrama? adakah aku tidak tahu menjaga diri ketika di asrama? sehingga sekarang aku tidak tahu apa yang menyebabkan keputusan PMR ku teruk. aku memasuki alam menengah yang sebenarnya iaitu tingkatan 4 dan setahun kemudian tingkatan 5. di tingkatan 5 aku akan mengambil peperiksaan yang paling penting dalam hidupku iaitu SPM. aku memilih untuk mengambil aliran sains tulen. sejak aku berada di tingkatan 1 orang memberitahuku bahawa mata pelajaran matematik tambahan adalah amat sukar. aku mula berasa gelisah kerana mengambil mata pelajaran tersebut. aku hanya minat mata pelajaran biologi. aku memulakan sesi tingktan 4. semakin tidak elok keadaannya. setiap ujian atau peperiksaan ada sahaja mata pelajaran sains yang gagal. bapaku tanya kepadaku adakah aku boleh mengikuti aliran sains ini. aku cakap boleh tetapi agak susah. bapaku menyuruh aku lebih serius pada tahun depan. akhirnya, aku akan menamatkan zaman persekolahanku dan akan menduduki peperiksaan yang akan menentukan hidupku kelak. belanja aku tahun ini adalah yang paling banyak. duit yuran tuisyen,buku rujukan yang setebal kitab al-quran. kelas tuisyen ada yang aku pergi dan ponteng. aku sudah mempunyai lesen motor dan mempunyai motor. sekali lagi aku berhutang ribuan ringgit dengan bapaku kerana membelikan aku motor dan membayar lesen ku. hari demi hari dan tibalah hari yang bersejarah dalam hidupku iaitu tibalah hari untuk megambil SPM. aku menjawab semua mata pelajaran yang telah aku daftarkan. ada yang boleh, ada yang susah, diteka,dihentam masyaallah! bagaimana tuhanku? keputusan ini amt penting bagi ku. mungkin ini lah akibatnya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh ketika masa masih ada. sekarang aku sedang menunggu keputusanku untuk keluar. aku jadi orang gaji di rumah. melakukan segala kerja-kerja rumah. aku mendapat RM150 sebulan. adakah dengan melakukan kerja-kerja rumah yang tidak seberapa itu dapat membayar segala yang telah mak aku beri kepadaku. diberi lagi gaji kepadaku. sekali lagi aku berhutang dengan mak aku. janganlah terkejut kalau perbelanjaan kamu dari kamu bayi sampai sekarang bolen mencecah sehingga RM 1, 000, 000 atau lebih.duit itu duit ini. pakaian,makanan,persekolahan,duit raya,lesen,PS 2,handphone,kereta,motor?. apa lagi? malahan underwear atau boxer kamu pun masih dibeli oleh mak. jangan la kamu nak berlagak bagus atau langsi dengan mempunyai duit yang banyak. semuanya dari ibu bapa kau. kau kerja sendiri tengok. rasa tak keletihan, keperitan,kesusahan untuk mendapat wang gaji sebulan. kalau kamu best la sebab kamu yang enjoy duit tu sendiri. cuba belanja kawan. mesti berat hati kan? pikir 2,3 kali. bapak kau ada tak kedekut dengan kau duit gaji dia? ada? so, fikir-fikirlah dengan apa yang aku tulis ni. hutang masa tak tau nak langsai macam mana dengan mak bapak aku. semua ini pengorbanan dari seorang insan yang paling mulia iaitu IBU BAPA kita.

Comments (0)