2010

| Posted in | Posted on

Bermulalah diari tahun 2010 aku. Memang amat berlainan dari tahun-tahun yang lain. Kalau tidak setiap tahun akan dimulakan dengan sesi persekolahan yang baru, tetapi tahun ini aku sudah menjadi seorang mahasiswa dan bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah biasa. Aktiviti harianku pun dah tidak seperti dulu lagi. Aku telah diberi peluang untuk memasuki UniKL RCMP (Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak). Nama pun dah cukup hebat institut di bawah naungan MARA ini. Aku seperti seorang yang tidak berilmu ketika datang ke IPTS ini, kerana aku mendapat tahu bahawa kursus aku ini ada juga ditaja oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) lain ceriata bagi mereka yang memohon melalui SPA. Sudah tentu mereka ini bukan calang-calang orang, kebanyakkannya dari Kolej Matrikulasi dan IPTA. Aku mengikuti kursus Diploma Radiografi ataupun Pengimejan Perubatan. Jadual harian pun agak memenatkan dan kadang-kadang agak menyeronokkan kerana pensyarah cuti kecemasan dan kelas tamat lebih awal. Hahaha. Pensyarah pun boleh dikatakan ok ketika mengajar, setiap pensyarah mempunyai perangai dan cara mengajar tersendiri. Kediaman yang diberi pun agak selesa walaupun kemudahan untuk mencari makanan agak susah, tapi mudah jika ada kenderaan sendiri. Aku memang nak bawa motor secepat yang mungkin.

Comments (0)