Kemalangan Jalan Raya

| Posted in | Posted on

Pada tanggal 08.03.2010 malang tidak berbau ayam goreng telah menimpa aku. Aku ditimpa kemalangan buat kali pertama di bandar Ipoh. Lebih tepat lagi di kawasan Silibin. Ini bukan kali pertama aku kemalangan motorsikal dan kali ini adalah kali ke-3. Hahaha. Tetapi yang aku pelik kemalangan kali ini adalah yang agak teruk namun aku tak mengalami sebarang kecederaan walaupun sedikit calar di badan. Baju dan seluar pun tidak koyak, hanya kotor sedikit. Kerosakan scooter aku memang teruk T_T. Aku hanya lenguh-lenguh badan.

      
Kejadian berlaku kira-kira 4.45 petang pada hari Isnin. Aku dalam perjalanan pulang dari kolej ke kediaman pelajar. Pada petang itu seorang sahabat ajak pulang bersama kerana dia ingin mengambil kakaknya yang bekerja di Silibin. Ole itu, petang itu aku pulang menggunakan jalan menghala ke Silibin kerana kebiasaannya aku menggunakan jalan menghala ke Buntong. Bak kata orang malang memang tak ada bau langsung. Elok sahaja sampai di jalan berhadapan stesyen minyak Caltex, aku nampak sebuah kereta Audi (model lama je) bersedia untuk melintas di depan aku. Dia sudah berhenti dan memberi isyarat. Aku pun dengan yakin meneruskan perjalanan aku kerana aku anggap kereta tersebut akan menunggu aku melepasi dia baru melintas. Lain pula yang jadi, elok sahaja aku dekat dengan kereta itu, dia pun melintasi jalan  dan aku menarik brek tapi sudah tidak sempat lalu melanggar bahagian belakang kereta itu. Ketika itu, aku rasa macam stuntman yang melakukan aksi berbahaya. Aku rasa seperti tercampak dan bergolek. Sedar-sedar aku terduduk menghala ke belakang dan scooter aku agak jauh dari aku. Aku bangun dengan pantas kerana risau ada kenderaan lain ada di belakang aku. Syukur jalan ketika itu tiada kenderaan. Pemandu kereta itu pun keluar, dan dia adalah rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Haiya! Lu ar!. Aku pun menyuruh dia mengangkat scooer dan tolak ke tepi. "Apa ni? Tak nampak ke orang nak lalu dulu ke? Aku baru balik kelas ni" Baik tak ayat aku? Hahaha "Sorry-sorry" dia jawab. Amboi senangnya Cina ni jawab. Lalu dia pergi ke kereta dan mengambil cash RM300. Aku pun terima dalam keadaan panik dan dia pergi macam tu je. Aku dan sahabat melihat kerosakan scooter aku. Memang teruk dan RM300 tidak mencukupi. Aku pun tak sempat nak mengambil nombor pendaftaran kereta Cina tersebut. Sahabat aku pun hanya ingat nombornya sahaja. Selepas rehat sebentar, sahabat aku pun cuba untuk membawa pulang scooter aku yang nazak tu pulang ke rumah. Aku mengikutnya dari belakang dengan motornya. Sedih aku melihat keadaan bini aku, bila dibawa seperti menjoki seekor kuda. Syukur kerana selamat dibawa pulang ke rumah dan rakan-rakan lain mula bertanya. Aku pun jawab la soalan-soalan panas tersebut.


Malam harinya mak bapak aku pun datang ke Ipoh untuk menjenguk aku. Aku bukan tak suka tapi tak payah la susah-susah nak datang malam macam ni. Tapi biasa la bila dengar anaknya jatuh mana boleh tidur. Aku pun tahan dengan bebelan yang bertubi-tubi dan scooter aku hampir ditarik balik. Oh Tidak! Aku pun menggunakan ekspresi muka dan ayat yang dahsyat lalu dapat memujuk balik. Hahahaha. Scooter pun masuk bengkel untuk dibaiki dan anggarannya mencecah RM1 400++. Lemah semangat bila aku tengok harga tu. Habis la duit bapak aku. Aku akan cuba mencari Cina itu balik untuk claim duit. RM300 tidak mencukupi. Sekarang aku hanya menunggu masa untuk bini aku kembali pulih. :)

Comments (0)